top of page
muinsapidin

Tiada Larangan Penggunaan Biji Popi Dalam Masakan – Kementerian Kesihatan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak mengharamkan pengimportan dan penggunaan biji popi untuk tujuan masakan.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, biji popi yang digunakan untuk menaikkan rasa hidangan adalah sangat kecil.

“Bagaimanapun kami akan memantau untuk memastikan tiada penyalahgunaan. Orang ramai perlu memaklumkan kepada kami jika mereka mengesyaki mana-mana kedai menggunakan biji popi dalam jumlah yang berlebihan,” katanya pada Rabu.

Orang ramai sebelum ini diingatkan supaya berhati-hati apabila memakan kek yang mengandungi biji popi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, SAC Wan Abdullah Ishak berkata jika air kencing pembeli diuji, hasil ujian air kencing mereka akan didapati positif dadah dan mereka boleh ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan dadah di dalam badan.

Kesalahan itu jika disabitkan, mereka boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.


18 views0 comments
bottom of page