top of page
muinsapidin

Mufti Pertahan Pelajar Kena Kutuk Netizen

SHAH ALAM - Pihak-pihak yang mengutuk pelajar perubatan yang bertanyakan soalan kepada pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik merupakan individu berfikiran dangkal, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut beliau, pelajar terbabit masih terlalu muda dan setiap pihak perlu memahami keadaan individu terbabit.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Kita juga kena tahu latar keadaannya. Mungkin sudah lama dia pendam kesusahannya. Bagi saya, dia patut dipuji kerana berani bangun bertanya, sedangkan ramai pelajar kita yang tidak berani bersuara dalam majlis yang jauh lebih kecil daripada itu," katanya menerusi kemas kini di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Dalam sesi soal jawab bersama Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak baru-baru ini, seorang pelajar mendakwa kerajaan Malaysia tidak menghargai pelajar perubatan sepertinya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menurut Mohd Asri, wacana di forum itu berkemungkinan kurang sesuai untuk soalan berkenaan namun pelajar terbabit hanya meluahkan keadaan dirinya sebagai seseorang yang memerlukan bantuan dan ingin suaranya didengari oleh semua pihak.

“Kadang-kala, kita merasa satu jumlah wang itu kecil pada kita, tapi ia mungkin satu beban untuk pihak yang lain,” katanya.

Tambah Asri, sesetengah pihak kelihatan terlalu ingin berpolitik sehingga menghina pelajar yang semuda itu disebabkan oleh soalan yang ditanyakan kepada pendakwa antarabangsa tersebut.

“Maafkan dia, dia masih muda amat. Mari kita doakan adik itu berjaya dalam pelajarannya,” katanya.


26 views0 comments
bottom of page