top of page
muinsapidin

Kahwin Muda: Remaja Perlu Dapat Kebenaran MB

ALOR SETAR: Remaja bawah umur yang mahu berkahwin perlu mendapatkan kebenaran Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, perkara itu terkandung dalam pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini, bagi mengelakkan berlakunya perkahwinan pada usia muda di kalangan remaja perempuan.

Nancy Shukri berkata, rata-rata perkahwinan pada usia muda,

disebabkan kedua-dua individu terlanjur

Katanya, rata-rata perkahwinan pada usia muda, disebabkan kedua-dua individu itu terlanjur yang akhirnya menyaksikan keluarga remaja perempuan membenarkan mereka berkahwin dengan pasangannya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak perempuan mereka supaya mengisi masa lapan dengan aktiviti lebih sihat, supaya tidak terjerumus dalam kancah perkahwinan pada usia muda.

“Kita bimbang bila mereka kahwin pada usia muda, mereka tidak dapat kawal emosi yang menyebabkan rumah tangga mereka bergolak, sekali gus menyebabkan berlaku masalah sosial dalam masyarakat,” katanya selepas merasmikan Seminar Mengenai Hak dan Isu Wanita serta Kanak-kanak, hari ini.

Nancy berkata, Kedah merekodkan 105 permohonan perkahwinan di bawah umur pada tahun lepas, berbanding 76 kes pada 2014 dan 38 kes pada 2013.

“Bagi Januari hingga 29 Februari tahun ini, sebanyak 13 permohonan perkahwinan bawah umur direkodkan dan ia amat serius serta perlu dibendung,” katanya.

Sementara itu, Nancy berkata, sebanyak 552 kes yang dicatatkan tahun lepas membabitkan keganasan rumah tangga di Kedah, berbanding 404 kes pada 2014 serta 284 kes pada 2013.

Bagi kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak pula, Kedah mencatatkan 14 kes pada 2015, 11 kes pada 2014 dan 13 kes pada 2013.

– BERNAMA


18 views0 comments
bottom of page