top of page
muinsapidin

Perak Corp Yakin MAPS Dibuka 1 Dis Selepas Penstrukturan Semula

IPOH: Perak Corporation Berhad (PRKCORP) yakin Movie Animation Studios Park (MAPS) yakin akan beroperasi mulai 1 Disember ini selepas berjaya menjadi pemegang saham majoriti dalam projek taman tema Asia animasi pertama di Asia yang sedang dibangunkan di Meru Raya.

PRKCORP yang merupakan anak syarikat milik penuh PCB Development Sdn Bhd kini merupakan pemilik saham terbesar Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) iaitu pemaju, pemilik dan pengendali MAPS.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, proses pengambilalihan saham itu telah berkuatkuasa pada 8 April 2016 lalu.

“PRKCORP yang merupakan anak syarikat dibawah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah mendapat kawalan kepentingan melalui tambahan langganan 2 peratus ekuiti milik ATP.

“Dengan suntikan tambahan RM4.5 juta, PRKCORP kini memilik 51 peratus pegangan saham dalam ATP,” menurut kenyataan itu.

Penambahan saham itu dibuat berikutan rakan kongsinya dalam ATP, RSG MAPS Sdn Berhad melepaskan pegangan majoritinya dan menyebabkan penyusunan semula pembuat keputusan dan pengurusan ATP.

Menurut kenyataan itu, perubahan dalam struktur pegangan saham di dalam ATP dibuat bagi membolehkan PCB mengambil peranan utama dalam memastikan MAPS dapat dibangunkan menjadi destinasi pelancongan utama negara ini.

“Dengan perubahan suasana ekonmi ketika ini dan persaingan sengit di dalam industri taman tema, rakan ATP (PRKCORP dan RSG) sedar taman teman ini perlukan penambahbaik dalam nilai hiburan ATP.

“Inisiatif penambahbaikkan itu memerlukan tarikan serta kemudahan baru daripada apa yang telah dirancang, jadi ianya juga memerlukan suntikan modal tambahan yang disediakan PRKCORP melalui dana dalaman dan luaran,” jelasnya.

Justeru katanya, pihak Lembaga ATP telah pun meluluskan tambahan sebanyak RM60 juta sebagai modal bagi tujuan berkenaan.

Dengan tambahan modal itu, PRKCORP yakin taman tema itu dapat melaksanakan pra pelancarannya pada Julai 2016 khas untuk pembeli pas tahunan sebelum dibuka secara rasmi pada 1 Disember nanti.

Katanya lagi, barisan muka baharu dan lama di dalam lembaga pengarah serta pengurusan peringkat tertinggi ATP juga diyakini akan mempercepatkan pembangunan MAPS.

“Pengerusi Lembaga Pengarah yang akan menerajuinya adalah Datuk Aminuddin Md Desa yang merupakan Ketua Eksekutif PRKCORP dan PKNP manakala barisan lembaga pengarah pula dibarisi individu yang berkaliber mewakili kepelbagaian dimensi ekonomi.

“Jamal Mohd Aris sebelum ini yang merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah ATP pula telah dilantik menjadi Pengarah Urusan yang baharu,” ujarnya


16 views0 comments
bottom of page