top of page
muinsapidin

Perak Corp Kini Pemegang Saham Terbesar MAPS

IPOH - Anak syarikat milik penuh Perak Corporation Bhd (PCB), PCB Development Sdn Bhd (PCBD), kini menjadi pemilik terbesar Animasi Theme Park Sdn Bhd (ATP) selepas membeli saham tambahan yang menjadikan jumlah pegangannya kepada 51 peratus daripada 49 peratus sebelum ini.

PCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata PCBD memperolehi tambahan sebanyak 600,000 saham biasa dengan harga RM600,000 tunai daripada RSG Maps Sdn Bhd (RSGM) dan juga melanggan tambahan 3.9 juta saham keutamaan boleh tukar boleh tebus dalam ATM pada harga RM3.9 juta tunai.

ATP merupakan syarikat usaha sama di antara PCBD dan RSGM bagi membangun dan mengendalikan Movie Animation Park Studio (MAPS).

"Langganan ini membolehkan syarikat itu untuk meningkatkan pegangannya dalam ATP serta mengiktirafnya sebagai anak syarikat. Ini seterusnya akan membolehkan ATP memanfaatkan sumber kumpulan untuk memastikan penyiapan MAPS seperti yang dirancang," kata PCB.

Katanya, langganan itu dijangka tidak mempunyai kesan ketara kepada pendapatan, aset bersih dan gearan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2016 memandangkan MAPS hanya akan beroperasi sepenuhnya dalam suku terakhir 2016.


24 views0 comments
bottom of page