top of page
muinsapidin

2 Maut Seorang Parah Kemalangan Di Lebuhraya

IPOH: Dua maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 279, Lebuh Raya Utara - Selatan, arah utara, berhampiran Simpang Pulai pada awal pagi Isnin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Simpang Pulai,Penolong Kanan Penguasa Bomba Rozmi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 03.21 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

"Sesampainya di tempat kejadian kami mendapati sebuah kenderaan jenis Mitsubishi telah terbabas dan menyebabkan salah seorang mangsa tersepit di bahagian kaki dan mengalami kecederaan manakala dua orang maut di tempat kejadian,"katanya kepada dihubungi Suara Perak pada pagi Isnin.

Menurut Rosmi, pihak perubatan mengesahkan dua maut di tempat kejadian akibat impak kuat kemalangan tersebut.

Katanya, anggota bomba dan penyelamat bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian kerusi penumpang dan menyerahkannya kepada pihak ambulans bagi rawatan lanjut.

Rozmi berkata mangsa yang meninggal dunia turut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

"Operasi mengambil masa sekitar empat jam dan tamat sepenuhnya pada pukul 06.37 pagi,"ujarnya.


16 views0 comments
bottom of page