Soal Pakaian Dan Hukum Fiqh: Tidak Salah 'Meniru' Cara Orang Arab
- muinsapidin
- Apr 10, 2016
- 4 min read
TIDAK mahu mendalami agama dan cepat menghukum sesuatu tanpa usul periksa menjadikan pemakaian purdah/niqab dipandang serong sesetengah masyarakat. Akibat cara berpakaian yang menutup keseluruhan muka kecuali mata itu, individu terbabit terpaksa berdepan pelbagai masalah seperti sukar mendapat pekerjaan, tidak mudah digauli rakan-rakan dan lebih teruk lagi apabila mereka ini dilabel pengganas.

Bagi si pemakai, atau lebih tepat bagi yang memahami maksud pemakaian purdah/niqab,
ia dilakukan demi mendapatkan ganjaran pahala dan keredhaan Allah. - Gambar hiasan
Bagi pemakai, atau lebih tepat bagi yang memahami maksud pemakaian purdah/niqab, ia dilakukan demi mendapatkan ganjaran pahala dan keredhaan Allah. Isu salah tanggap dan adakala disisih masyarakat terhadap pemakai ini tidak hanya berlaku di negara ini yang terang-terang mengamalkan gaya hidup Islam malah hampir di seluruh dunia terutamanya di Eropah. Bagi penceramah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, masyarakat Islam terutamanya di negara ini perlu faham bahawa cara pemakaian tersebut termaktub dalam hukum fiqh. Fiqh adalah huraian kepada hukum-hukum yang telah ditetapkan agama islam ketika syiar itu dibawa Nabi Muhammad SAW dan dipersetujui jumhur ulama kemudiaannya apatah lagi ulama-ulama ahli Sunnah Wal Jamaah./ Dalam rancangan "Kalau Dah Jodoh" yang disiarkan di saluran Astro Oasis baru-baru ini, Ustaz Kazim menjelaskan pemakaian purdah/niqab adalah yang berkait rapat dengan hak wanita dan lelaki yang ditetapkan dalam Islam. Katanya, tohmahan yang menyatakan bahawa pemakaian niqab/purdah semata-mata untuk meniru cara pemakaian orang Arab adalah salah. Hingga ada yang menyatakan pemakaian tersebut dilakukan orang Arab bagi mengelak ribut pasir dan pemakaian seumpama di Malaysia adalah lebih kepada ingin meniru-niru gaya orang Arab dan bukan kerana agama. "Jika betul apa yang dikatakan mereka itu, kenapa lelaki Arab tidak berpurdah/niqab bagi mengelakkan ribut pasir? "Sedangkan kita lihat pemakaian mereka itu hanya kepada kaum Hawa dan lelaki atau suami tidak mengenakan sebarang penutup di muka. "Jadi kita perlu tahu kenapa, ini bukan soal lebih Islam daripada orang Islam lain, tetapi ini soal hukum agama yang perlu ditegakkan oleh setiap orang Islam yang beriman" Katanya. Ustaz Kazim menjelaskan, pemakaian purdah/niqab itu menjadi harus jika si pemakai adalah isteri orang. Jika isteri terbabit seorang yang cantik dan bagi mengelakkan fitnah dan cemburu si suami, maka menjadi harus kepada isteri mengenakan purdah/niqab kerana isteri adalah hak mutlak seorang suami. Begitu juga sebaliknya, jika seorang wanita itu memiliki wajah yang kurang cantik dan mahu mengelak dihina masyarakat maka menjadi harus baginya memakai purdah/niqab. "Pemakai akan beroleh pahala kerana tidak hanya pandai melindungi diri dan menjaga hak suami malah menyelamatkan masyarakat. Jadi tidak timbul siapa lebih Arab daripada orang Arab," katanya.

Comments