top of page
muinsapidin

Projek Tebatan Banjir Beri Faedah Jangka Panjang Teluk Intan

TELUK INTAN - Projek Rancangan Tebatan Banjir di sini yang menelan kos RM75 juta bukan saja memberi faedah kepada 15,000 penduduk, malah menyelamatkan Teluk Intan daripada ditenggelami banjir akibat kesan hakisan dan fenomena air pasang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaan projek itu juga bukti keutamaan yang diberikan kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Gambar Hiasan

"Kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan projek tebatan banjir ini adalah bukti janji yang dikotakan kerajaan Barisan Nasional kepada penduduk Teluk Intan walaupun dijadikan bahan politik oleh pihak tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir di Dewan Terbuka Kg Terengganu, Teluk Intan pada Ahad.

Hadir sama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Zahid berkata, kerajaan memerlukan RM 2 bilion bagi melaksanakan projek tebatan banjir di seluruh Malaysia dan ini termasuk projek yang dilaksanakan di Teluk Intan.

Beliau turut menepis tohmahan yang dilempar pihak tertentu kononnya projek itu memberi keuntungan hanya kroni tertentu dan yang berkepentingan.

Sambil menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, beliau berkata, pihak berkenaan hanya mahu memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan.

Projek Tebatan Banjir Teluk Intan yang dijalankan di kawasan seluas 16.25 km apabila siap kelak dapat mengurangkan masalah banjir akibat pertembungan air pasang dari muara Sungai Perak dan limpahan sungai dari hulu.

Selain itu ia dapat mengurangkan keroskan harta benda awam.


33 views0 comments
bottom of page