top of page
muinsapidin

Nampak Tulisan ‘HELP’ Di Pantai, Tiga Lelaki Diselamatkan

HONOLULU: Tiga lelaki yang telah hilang selama tiga hari diselamatkan di sebuah pulau terpencil di Lautan Pasifik selepas pesawat tentera laut Amerika Syarikat (AS) mengesan perkataan ‘HELP’ yang dibentuk menggunakan daun palma di permukaan pantai, pada Sabtu.

Menurut jurucakap pasukan pengawal pantai, Melissa McKenzie, tiga lelaki itu bergerak dari satu pulau ke pulau di kepulauan Micronesia dengan menggunakan bot kecil.

Mereka dilambung ombak dan gagal kembali ke pulau Weno. Kehilangan mereka disedari oleh pihak keluarga yang membuat laporan Selasa lalu.

“Mujur mereka memakai jaket keselamatan dan mampu berenang ke pulau terpencil tersebut,” tambahnya.

Ketika dikesan oleh juruterbang Tentera Laut, mereka sedang mengibar jaket oren di pesisir pantai pulau Fanadik, beberapa ratus kilometer di utara Papua New Guinea.

Dua jam kemudian, bot penduduk tempatan mengambil dan membawa mereka ke hospital.


14 views0 comments
bottom of page