top of page
muinsapidin

Taman Jepun Dinaiktaraf Sempena TMP 2017

IPOH - Taman Jepun yang menjadi nadi Taman DR Seenivagam di sini akan dipulihkan semula serta dinaiktaraf dalam usaha untuk menarik kehadiran pelancong domestik dan luar negara.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, Ia secara tidak langsung akan membantu kerajaan negeri Perak dalam menjayakan penganjuran Tahun Melawat Perak (TMP) 2017.

Datuk Zamri Man bersama-sama pekerja MBI membersihkan longkang di Taman Jepun

Menurut beliau, antara kerja-kerja yang dijalankan adalah pembersihan harian kawasan di seluruh kawasan seperti memotong rumput dan menyiram, pengendalian sewaan basikal, pencucian laluan air dari tasik buatan taman itu ke Sungai Kinta jika tersumbat, sapuan jalan serta kerja pembaikan struktur dan lampu.

Beliau berkata, dalam usaha meningkatkan keselamatan di taman tersebut, Majlis juga telah menempatkan seorang pengawal keselamatan akan bertugas di sebelah pagi (7.00 pagi-7.00 petang) manakala dua pengawal keselamatan pula akan bertugas di sebelah malam (7.00 petang - 7.00 pagi).

“Saya yakin Taman Jepun akan menjadi salah satu pilihan tarikan pelancong ke Bandaraya Ipoh selain daripada produk pelancongan lain seperti Taman Rekreasi Gunung Lang, Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz dan Ipoh Riverfront,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, di sebelah pagi, Zamri melawat kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakukan kerja-kerja pembersihan di Taman DR Seenivasagam.

Malah, beliau turut serta mengambil kesempatan bersama-sama membantu pekerja MBI itu membersihkan longkang di Taman Jepun.


375 views0 comments
bottom of page