top of page
muinsapidin

ADUN Aulong Digantung Sebulan

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Leow Thye Yih digantung daripada menghadiri Persidangan Dewan Negeri (DUN) Perak dan majlis rasmi kerajaan negeri selama sebulan bermula 1 hingga 30 April 2016.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan negeri setelah mendapati ADUN dari DAP itu telah melanggar peraturan 36 (3) (a) dan 36 3 (b) semasa menyampaikan ucapan perbahasan pada Sidang DUN lalu yang berlangsung dari 13 hingga 23 November.

Speaker DUN Perak, Datuk Seri S.K Devamany berkata, penggantungan sebulan itu diambil selepas Leow enggan menarik balik atau memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan walaupun telah diberi peluang beberapa kali oleh jawatankuasa berkenaan.

“Beliau telah dipanggil beberapa kali oleh jawatankuasa ini untuk kita mendengar alasan berkenaan beliau menuduh seorang ADUN mengambil rasuah. Jawatankuasa telah meminta dia untuk memohon maaf tapi dia enggan.

“Keputusan awal yang diambil oleh jawatankuasa sepatutnya selama 3 bulan penggantungan tetapi ianya telah pun dikurang kepada hanya sebulan,” katanya pada sidang media khas di sini pada Khamis.

Tambah beliau, Leow akan digantung tanpa bayaran gaji, elaun dan elauan tuntutan namun RM4,000 tetap akan dibayar kepada Pusat Khidmat ADUN Aulong seperti biasa.

Devamany memberitahu, selain daripada beliau, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan terdiri daripada ADUN Pasir Panjang, Mohamad Kamil Shafie; ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow.

Mengulas berkenaan Sidang DUN yang bakal berlangsung bermula 12 hingga 18 April ini, beliau memberitahu satu perintah tetap baharu berkenaan kod etika pakaian akan diperkenalkan.

Menurutnya, ia diwujudkan susulan daripada tindakan wakil pembangkang yang memakai pakaian serba hitam dan bukan pakaian rasmi ketika istiadat pembukaan persidangan lalu.

“Di bawah perintah tetap baharu ini iaitu 11a, kesemua ahli berhormat perlu memakaian pakai hari kalung (uniform pertama) ketika hari perasmian jika tidak mereka tidak akan dibenarkan melibatkan diri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, terdapat tiga enakmen akan dibentangkan iaitu melibatkan isu pengundi kawasan masing-masing selain pengurusan dan persisiran pantai Perak 2016, Enakmen perumahan dan hartanah Perak 2016 dan Enakmen Anggota pentadbiran dan dewan negeri saraan pindaan 2016.


23 views0 comments
bottom of page