top of page
muinsapidin

Sumbangan RM100,000 Untuk Khairul Idham

IPOH - Kerajaan negeri Perak mengumumkan insentif RM100,000 kepada Khairul Idham Pawi bagi mengiktiraf kejayaannya memenangi kejohanan MotoGP Dunia dalam Kategori MOTO3 di Grand Prix Motosikal Argentina baru-baru ini. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, insentif itu diharap dapat mendorong remaja berusia 17 tahun berkenaan untuk lebih berjaya pada masa akan datang dan menjadi contoh kepada belia di negeri itu.

​Dr Zambry Abd Kadir

“Beliau mengharumkan nama negara pada usia yang begitu muda dan kita mengucapkan tahniah atas kejayaannya serta sentiasa memberi rangsangan agar beliau menjadi contoh. “Sukan pemotoran boleh dijadikan sebagai sukan yang baik sekiranya mendapat didikan baik sekali, beliau boleh dijadikan contoh kepada yang berminat dalam sukan ini,” katanya pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di pejabatnya pada Rabu. Menurut Dr Zambry, RM60,000 daripada sumbangan itu telah pun diserahkan melalui pejabat ADUN Kampung Gajah sebelum ini sebagai wang pembiayaan namun Khairul Idham tidak sempat menerimanya kerana telah berlepas ke Argentina. Tambah beliau, ekoran kejayaan remaja itu, kerajaan negeri telah memutuskan untuk menambah RM40,000 lagi sebagai insentif dan akan diserahkan kesemuanya sekali sebaik remaja itu pulang. “Ingin saya tekankan di sini, jangan kita jadikan isu kononnya kerajaan negeri hanya mahu mendapat nama sebaik dia menang, sebelum ini lagi kita telah memberi perhatian kepada beliau. “Mari kita besama-sama fokus kepada kejayaannya dan memperkembangkan bakatnya sedia ada supaya beliau lebih berjaya selepas ini,” ujarnya. Dalam pada itu, Dr Zambry memberitahu kerajaan negeri juga akan meneliti keperluan untuk mewujudkan litar di setiap daerah berdasarkan permintaan tinggi oleh belia di Perak selepas kemenangan khairul Idham. “Kita akan melihat keperluan dan kaji untuk kita mewujudkan litar seperti di Datuk Sagor di setiap daerah, kita akan melihat perkara itu. “Ini kerana feedback yang saya terima di Facebook sebaik sahaja kemenang Khairul Idham begitu ramai permintaan berkenaan litar baharu dan komen yang positif,” ujarnya.


17 views0 comments
bottom of page