top of page
muinsapidin

Jangan Terlalu Memilih Kerja – Maslin Sham

IPOH – Golongan belia diminta supaya jangan terlalu memilih pekerjaan yang hanya berkaitan dengan bidang kelulusan masing-masing.

Sebaliknya, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Maslin Sham Razman, mereka perlu berani mengambil peluang di dalam bidang lain sebagai batu loncatan

untuk mencari peluang yang lebih baik.

Mazlin Sham Razman beramah mesra dengan sebahagian wakil majikan

yang menyertai Karnival Kerjaya ILP.

Menurut beliau, selepas mempunyi pengalaman, lebih mudah untuk mereka mencari peluang lain yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka.

“Ambil peluang yang ada, jadikannya sebagai batu loncatan kerana ramai juga mereka yang telah berjaya walaupun bukan di dalam bidang kelulusan masing-masing,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh di sini pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Wilayah Utara, Zaihan Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA), Ameron Zulqarnaen Yeop Rashidi dan Pengarah ILP Ipoh, Jamil Yahya.

Lebih 3,000 pencari kerja mengunjungi karnival sehari itu yang turut dihadiri 40 syarikat yang menawarkan 3,650 pekerjaan.

Sebahagian pengunjung Karnival Kerjaya ILP

Maslin Sham berkata, walaupun di dalam keadaan ekonomi yang dikatakan tidak menentukan sehingga menyebabkan ada syarikat yang memberhentikan kakitangan, namun masih banyak peluang pekerjaan yang terdapat di negeri ini.

“Berdasarkan kepada maklumat daripada wakil-wakil majikan yang mengambil bahagian di dalam karnival kali ini, mereka sebenarnya memerlukan ramai lagi pekerja,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan golongan belia mengambil peluang yang tersedia itu supaya tidak diisi oleh tenaga kerja asing kerana ia akhirnya merugikan negara dari segi pengaliran keluar wang dan masalah social.

Sementara itu, Ameron memberitahu, melalui kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, PeKA menganjurkan kira-kira 300 program setahun untuk memberi peluang anak-anak Perak bekerja di negeri ini.


22 views0 comments
bottom of page