MEMANDANGKAN bahang cuaca panas yang melanda negara sekarang, tidak hairanlah sekiranya ramai yang sanggup mengeluarkan belanja untuk membeli perkakas elektrik termasuk dalam talian bagi menurunkan suhu.
Salah satu 'pasar dalam talian', 11street yang berpangkalan di Korea Selatan melaporkan kenaikan hampir 480 dari segi pencarian untuk pelbagai perkakas pendinginan.
Gambar Hiasan
Ini termasuk penyejuk udara, 'tint' cermin kereta serta mesin pengeluar air memandangkan belum ada tanda cuaca panas akan menjadi reda.
Ketua Pegawai Eksekutif, 11street CEO, Hoseok Kim, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur berkata pengguna membuat carian dalam talian bagi barangan untuk menyejukkan keadaan bukan sahaja ketika di rumah tetapi juga semasa dalam perjalanan.
Memandangkan gelombang haba meresap hingga ke dalam rumah, pengguna mencari alat penyejuk udara yang mudah dialih mengikut keperluan.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah alat penyejuk udara ini termasuk dalam senarai pencarian antara barangan yang paling popular.
Ramai juga yang mencari alat hawa dingin supaya keadaan di dalam rumah menjadi selesa. Mereka menggunakan kata kunci untuk carian mereka bagi model tertentu alat hawa dingin.
Apabila cuaca panas, terdapat sedikit sahaja lembapan dalam udara kerana haba yang melampau akan menyejatkan air sebelum ia dapat menyejukkan bilik.
Keadaan ini akan menjadikan ruang bilik kering dan boleh menyebabkan kulit gatal. Faktor ini membuatkan kipas yang mempunyai alat pelembap juga turut menjadi antara barangan paling laris dicari di 'pasar dalam talian'.
UNTUK BERASA SEJUK DI LUAR RUMAH
Ramai rakyat Malaysia menghabiskan banyak masa di dalam kereta terutamanya apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Alat hawa dingin dalam kereta tidak akan dapat mengekalkan suasana sejuk dalam kereta apabila suhu mula memuncak.
Haba akan menyerap masuk ke dalam kereta menerusi setiap lubang dan cermin tingkap.
Keadaan ini adalah sebab mengapa 'tint' disyorkan untuk cermin kereta kerana ia mampu bukan sahaja menghalang pancaran terik matahari tetapi juga habis daripada meresap masuk ke dalam kereta.
"Tint' gelap akan menyerap haba sebelum ia sampai kepada orang yang berada di dalam kereta dan memberi perlindungan daripada sinar terik matahari.
MINUM AIR YANG MENCUKUPI
Kenyataan itu juga menyebut adalah juga penting untuk mempunyai bekalan air yang mencukupi bagi mengatasi bahang haba. Minum air yang cukup dapat mengelakkan kesan sampingan gelombang haba kerana air yang diminum menggantikan cecair badan yang hilang.
Bagaimanapun, perkara utama untuk badan kekal sihat dan mempunyai cukup cecair bergantung kepada kualiti air yang diminum.
Penuras air dengan kemampuan mengurangkan sehingga 99.99 peratus bakteria akan menjamin seseorang itu memperoleh air bersih untuk keperluan badan. Ramai rakyat Malaysia yang mengabaikan keperluan menggantikan cecair badan ketika mereka dalam perjalanan.
Cara mudah ialah dengan membawa sebotol air bersih tetapi ramai yang lupa melakukannya. Seseorang itu hanya memerlukan botol air yang tahan lama, senang diisi dan mudah dibawa ke sana-sini.
Menurut Kim, 11street menawarkan pelbagai cara mudah untuk pengguna melakukan carian bagi keperluan untuk menangani gelombang haba.
"Tidak ada risiko untuk melakukan carian ini kerana pengguna adalah keutamaan kami," katanya.
Dengan lebih daripada lima juta produk yang boleh dicari dalam pangkalan e-dagang 11street, pengguna dengan mudah boleh melakukan pencarian dan pembelian di bawah satu bumbung. - Bernama