ABHA - ARAB SAUDI . Hukuman mati keatas seorang banduan yang disabitkan kesalahan membunuh pada Khamis lepas menjadikan jumlah terkini pesalah hukuman mati sebanyak 82 orang di Saudi Arabia, tahun ini.
Menurut Dailymail UK, banduan tersebut, Mohammed al-Khaweir al-Qahtani didapati bersalah menembak mati Hussein al-Shayeb al-Qahtani ketika sebuah pergaduhan.
Gambar Hiasan
Di Arab Saudi, banduan yang menjalani hukuman mati akan dipancung dengan pedang dan selalunya disaksikan oleh sekumpulan kecil orang awam.
Pada 2 Januari lepas, seramai 47 banduan yang disabitkan kesalahan terlibat aktiviti pengganas dipancung dalam tempoh kurang 24 jam.
Seramai 153 banduan dipancung pada tahun 2015 dan kebanyakan mereka merupakan banduan yang terlibat dengan kesalahan dadah dan bunuh.
Di Britain, kerajaan menggesa kumpulan hak asasi manusia supaya memberikan tekanan kepada Saudi Arabia untuk menghentikan hukuman mati.
Organisasi hak asasi manusia, Amnesty International pula mendakwa jumlah banduan dihukum mati pada 2015 di Arab Saudi adalah yang paling tinggi.