Kejayaan Khairul Idham Suntik Semangat Anak Muda - Dr Zambry
- muinsapidin
- Apr 4, 2016
- 1 min read
IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pelumba negara, Khairul Idham Pawi yang mengharumkan nama negara selepas menjuarai MOTO3 saingan Grand Prix (GP) Argentina pada Ahad.

Dr Zambry berkata, sebagai Menteri Besar, beliau amat berbangga dengan kejayaan anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu.
Menurut beliau, kemenangan anak muda yang berusia 17 tahun itu, merupakan testimoni bahawa kejayaan setinggi mana sekalipun, mampu di kecapi berkat usaha dan doa yang bersungguh-sungguh.
“Semoga kejayaan beliau ini akan dapat menyuntik semangat kepada semua anak muda kita, khususnya anak muda di negeri Perak, untuk meningkatkan potensi diri dan usaha demi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarga di sini pada Isnin.
Dr Zambry mendoakan kejayaan Khairul Idham akan berjaya di dalam perlumbaan seterusnya yang akan diadakan di Litar Amerika di Texas Tengah, Amerika Syarikat minggu hadapan (8-10 April 2016).



Comments