top of page
muinsapidin

HRPB Kekurangan Darah Jenis A+, O

IPOH - Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kini berdepan masalah kekurangan platlet bagi darah jenis A+ dan O.

Pegawai Perubatan HRPB, Low Tuck Chyuan berkata, sehubungan itu, HRPB memelukan stok tabungan darah yang berterusan supaya pesakit sentiasa mendapat bekalan darah mencukupi.

“Kita menghadapi kekurangan darah jenis A+ dan O buat masa ini. Bagaimanapun, tabung darah kita memang mencukupi buat masa ini.

“Namun, kita tetap mengalu-alukan orang ramai untuk menderma darah kepada kita khususnya bila kita buat kempen seperti ini.

“Memang ada kunjungan orang ramai (walk-in) yang datang menderma darah tetapi kebanyakannya adalah penderma yang regular (biasa) sahaja,” katanya.

Tuck Chyuan berkata demikian sempena Kempen Menderma Darah di Casuarina @ Meru, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKNP, Datuk Aminuddin Md Desa berkata, program berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya daripada kakitangan PKNP serta kakitangan awam dari beberapa agensi di sekitar Meru Raya.


51 views0 comments
bottom of page