top of page
muinsapidin

Gua Tempurung Dibuka Semula

IPOH - Kompleks Pelancongan Gua Tempurung yang ditutup sejak Ogos tahun lalu akan dibuka semula 1 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Radzi mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Menurut beliau, sebelum ini kompleks berkenaan ditutup kepada orang ramai sejak 13 Ogos lalu untuk tujuan pemeriksaan audit keselamatan oleh IKRAM Engineering Services Sdn Bhd.

"Audit penyelenggaraan keselamatan itu telah dijalankan daripada 30 Mac hingga 18 Mei lepas melibatkan laluan platform dan tangga.

"Manakala Jabatan Geosains dan Mineral pula telah menjalankan pemeriksaan terperinci struktur gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia itu pada 10 dan 12 Ogos lepas," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa berusaha keras untuk mempastikan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan dengan segera, khusus bagi tujuan pembukaan semula kepada orang ramai.

Bagaimanapun, Nolee berkata, pemeriksaan keselamatan khazanah negeri Perak itu perlu dijalankan dengan cermat dan teliti berdasarkan persekitaran dan keadaan muka bumi yang sensitif.

Mulai 1 April ini, orang ramai boleh melakukan penerokaan gua batu kapur dipercayai wujud sejak 8000 SM dan sepanjang 1.9 kilometer di Gopeng itu.


25 views0 comments
bottom of page