top of page
muinsapidin

Pusat Sasar Segerakan Prasarana Jalur Lebar

GERIK: Penyedian kemudahan prasarana perkhidmatan jalur lebar terutama di kawasan pendalaman akan dipercepatkan bagi mrealisasi sasaran 95 peratus penebusan capaian Internet menjelang 2020, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia

Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata penembusan jalur lebar di seluruh negara berada pada tahap 72 peratus sehingga hari ini.

Kata beliau, pihaknya telah mengenalpasti beberapa lokasi utama yang masih memerlukan kemudahan jaringan Internet dan masih mengkaji bentuk teknologi yang sesuai digunakan dengan mengambil kira kesesuaian capaian mengikut bentuk muka bumi di kawasan itu. “Kita telah mempunyai senarai kawasan yang mempunyai permasalahan capaian yang akan kita tangani contohnya kini, kita telah menggunakan beberapa teknologi satelit baru untuk Sabah dan Sarawak. "Kita sebolehnya ingin memastikan kesemua rakyat tidak kira di dalam dan luar bandar mempunyai akses kepada maklumat sahih dari pihak kerajaan, kerana ramai pada hari ini mengambil kesempatan menyalurkan info-info tidak berasas kepada masyarakat pendalaman. "Maka,dengan prasarana lengkap dan capaian jaringan maya saya yakin kita akan dapat menerangkan dasar kerajaan negeri dan pusat dengan lebih telus,"katanya pada sidang media sempena program Kembara Jalinan Kasih (CTU) di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar pada Isnin lepas.

Program CTU di penempatan Orang Asli itu adalah yang pertama dilancarkan kementerian bagi tahun ini, bertujuan mengenal pasti masalah terutama aspek komunikasi dan teknologi untuk memastikan penduduk luar bandar dapat menikmati pembangunan sama, seperti masyarakat bandar. Ditanya mengenai permintaan Komuniti 1Malaysia RPS Kemar yang mahu liputan radio dan rangkaian internet ditambah baik, beliau berkata, pihaknya akan membuat penelitian segera bagi memastikan ia dapat diatasi. “Kerana itu penting kehadiran kita di sini, jika sebulan lalu mereka ada hp (telefon bimbit) saja..tapi kini sudah ada talian, jadi tentunya ada permintaan untuk ditingkatkan capaian internet, kita akan cari jalan atasinya,” ujarnya. Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry menyifatkan kemudahan capaian internet di RPS Kemar yang memiliki hampir 5,000 penduduk, dapat membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran murid di kawasan itu. “Sistem pendidikan kita beralih dari sistem berteraskan konvensional kepada lebih canggih, dengan kemudahan seperti ini, sistem pembelajaran di kawasan penempatan Orang Asli akan dapat ditambah baik,” katanya. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.


30 views0 comments
bottom of page