top of page
muinsapidin

PERDASAMA Perak, IWAPI Jalin Kerjasama

IPOH – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Perak dan Ikatan Wanita Pengusaha Indonesia (IWAPI) menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan hubungan dua hala bagi faedah bersama.

Bagi merealisasikan kerjasama itu, kedua-dua pihak telah Majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) dalam satu majlis di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh di sini pada Selasa.

PERDASAMA Perak diwakili Pengerusinya, Suhaida Muhd Hashim manakala IWAPI diwakili Ketua DPD IWANI Sumutera Utara, Rosna Nurleily Siregar.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan.

Majlis itu diadakan sempena lawatan 17 usahawan IWAPI selama tiga hari ke Perak yang berakhir Rabu.

Samsudin berkata, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi seperti MITI Perak dan Invest Perak akan membuat pemantauan bagi memastikan hubungan dua hala itu dapat memberi impak menambahkan pendapatan usahawan di Perak dan Indonesia.

“MoU ini merupakan lebaran baru jalinan kerjasama antara PERDASAMA Perak dan IWAPI, selepas ini kedua-dua pihak perlu merangka rancangan yang strategik untuk merealisasikan hubungan dua hala,” katanya selepas majlis berkenaan.

Beliau berharap usahawan Perak akan menggunakan jaringan yang terjalin itu untuk memasarkan produk mereka ke Indonesia, khususnya makanan dan kosmetik halal, secara berterusan.

Sementara itu, Rosna memberi jaminan kesediaan pihak IWAPI untuk menjadi jambatan kepada usahawan Perak memasarkan produk mereka di Indonesia, khususnya di Sumatera Utara.

“MoU yang ditandatangani akan meningkatkan lagi kerjasama kita dan saya akan melaporkan hasil lawatan ini kepada pihak berkuasa di Sumatera Utara, khususnya Dewan Pimpinan Daerah (DPN),” ujarnya.


9 views0 comments
bottom of page