top of page
muinsapidin

Tiada Aktiviti Luar Kelas Antara Tengah Hari Hingga 2.30 Petang Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pihak sekolah di negeri ini dilarang daripada mengadakan aktiviti di tempat terbuka antara 12.30 tengah hari dan 2.30 petang berikutan cuaca panas sekarang. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata cuaca di negeri ini dijangka berada sekitar 35 darjah Celsius sepanjang minggu ini.

Beliau berkata bagi aktiviti kokurikulum pada setiap petang Selasa, pihak sekolah telah dimaklumkan agar melakukannya di dalam bangunan. Beliau memuji langkah sesetengah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang turut menyediakan air minuman kepada murid ketika cuaca panas ketika ini. "Bagi sekolah yang tidak menyediakan air minuman percuma, mereka boleh antara lain menyediakan mesin air minuman," katanya kepada Bernama.

Pada Sabtu lalu seorang anggota polis pengsan ketika acara perbarisan sempena Sambutan Hari Polis Ke-209 di sini yang dipercayai badannya mengalami kekurangan air akibat cuaca panas.


22 views0 comments
bottom of page