top of page
muinsapidin

Bengkel School Of Politics – Elak Belia Jadi Mangsa Mainan Politik

“Saya bimbang generasi muda akan datang dijadikan mainan politik. Kita tidak mahu dipergunakan dan dimanipulasikan pihak-pihak yang gila kuasa dan menguasai tampuk pemerintahan tanpa ada langsung sifat keiklasan memimpin.

“Bukan itu sahaja, pihak ini akan mempergunakan orang muda untuk menjadi penyokong mereka. Atas kesedaran dan kebimbangan ini saya berpandangan sudah sampai masanya anak-anak muda hari ini perlu diberi pendidikan tentang apa itu politik dan falsafah politik itu sendiri,’’ suara seorang anak muda Muhammed Nazhrin Faisal Sabru, 17.

Nur Balkis Zainudin,24

Beliau merupakan salah seorang peserta bengkel School Of Politics anjuran Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Perak di Bangunan UMNO semalam.

Perak merupakan negeri pertama daripada 9 negeri di Semenanjung Malaysia yang memulakan bengkel ini dan akan diikuti Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Muhammed Nazhrin,17,

Justeru, Muhammed Nazhrin berpendapat bengkel School Of Politics ini wajar sekali kerana ia menjadi landasan yang tepat dalam usaha mendidik anak muda tentang falsafah politik agar mereka tidak mangsa mainan politik pihak tertentu yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri.

Muhammed Nashrin yang merupakan peserta paling muda daripada 30 peserta yang menyertai bengkel sehari itu yang diadakan di Bangunan UMNO Perak.

Menurut anak muda ini perasaan teruja ada ketika mengikuti bengkel itu kerana ia merupakan sesuatu yang baru buat dirinya.

R.Nantha Kumar,24

“Selain ianya satu pengalaman baru, saya juga tertarik dengan moto bengkel iaitu ‘Perjuangan yang Memanggil’.

“Kadang-kadang mereka tidak peka orang luar cuba mempergunakan sokongan mereka untuk agenda dan kepentingan politik jadi saya berpendapat mereka perlu dididik dan diberi pendedahan tentang pemahaman politik yang sebenarnya,’’ katanya yang mewakili Belia Bersekolah dalam Dewan Belia Perak.

Beliau turut menyentuh soal kredibiliti media social pada hari ini yang boleh diragui kerana semua orang mempunyai medium yang sama.

“Di media sosial orang yang menipu pun boleh bercakap apa sahaja. Begitu juga di pihak orang yang bercakap benar. Maka anak muda kena pandai menilai. Jangan senang-senang kita percaya apa yang ditulis dalam media media sosial kerana masing—masing mempunyai agenda tersendiri untuk meraih kepercayaan kita,” katanya.

Seorang lagi peserta bengkel, Nantha Kumar Rajendran, 24, pula berpendapat bengkel sebegini dapat memberi pendedahan kepada golongan muda tentang isu-isu politik semasa serta isu lain yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu terutama di dalam media sosial.

“Saya berpendapat School of Politics ini memberi banyak manfaat yang pertama kita sebagai anak muda dapat duduk bersama dengan beberapa tokoh UMNO berbincang tentang latar belakang sejarah politik tanah air.

“Bengkel ini juga turut meberi kesedaran tentang impak permainan media sosial yang kini mempengaruhi pemikiran anak muda yagn mana dibimbangi jika tidak berhati-hati anak muda ini boleh terjebak ke dalam permainan politik pihak tertentu,

“Jadi saya berharap anak muda di luar sana jangan kita hebat berkata-kata dilaman media social sahaja tetapi perlu duduk bersama menyertai bengkel ini dengan memberi apa jua pandangan yang boleh membina masa depan anak muda di negeri ini,’’ katanya.

Seorang peserta OKU wanita, Nur Balqis Zainuddin, 24, pula berpendapat bengkel seperti ini dapat mendedahkan golongan muda tentang politik, isu semasa dan dasar kerajaan dalam membantu rakyat termasuk golongan muda.

“Walaupun saya bukan mempunyai latar belakang politik tetapi dengan menyertai bengkel ini saya mendapat pendedahan positif tentang falsafah politik dan dasar kerajaan BN hari ini yang telah dibentangkan dalam ceramah oleh beberapa orang tokoh veteran UMNO dalam bengkel ini,’’ katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, menerusi bengkel ini semua telah mendapat pendedahan yang cukup jelas tentang falsafah politik selain mengambil perhatian tentang segala keluhan dan permasalahan yang dibangkitkan bagi mengupayakan golongan belia.

“Saya melihat belia dan pemuda di Perak lebih terbuka dimana mereka banyak memberikan idea bernas dalam membantu kerajaan dan contohnya melalui bengkel ini mereka bukan sahaja banyak bertanya soal-soal politik semasa tetapi juga peranan kerajaan hari ini dalam membina masa depan belia,’’ katanya.

Selain Hairul Anwar, turut hadir memberi ceramah di bengkel itu ialah tokoh veteran UMNO Perak, Datuk Yahaya Shafie yang juga bekas Ahli Parlimen Tambun dan bekas Exco Pelancogan Perak, Dato’ Mohd Radzi Manan yang juga Ketua UMNO Kampar.


17 views0 comments
bottom of page