top of page
muinsapidin

DAP Diminta Henti Agenda Untuk Perintah Malaysia

BATU KURAU - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta DAP supaya menghentikan agenda untuk memerintah negara ini.

Menurut beliau, ini kerana Malaysia tidak boleh diperintah oleh parti perkauman.

Katanya, PAS melihat bahawa teras pemerintahan negara mestilah orang Islam.

ABDUL Hadi Awang (tengah) diarak para penyokong ketika menghadiri program Himpunan Anak-Anak Muda Istiqamah Perak di Dataran Batu Kurau pada Ahad.

"Ini realiti yang ada di Malaysia dan kita menerima hakikat wujudnya masyarakat majmuk pelbagai kaum di Malaysia," katanya dalam sidang media pada himpunan anak-anak muda istiqamah perak di Dataran Batu 20 Batu Kurau pada Ahad.

Hadi berkata, negara ini mesti diperintah oleh kaum teras dalam negara, tetapi pada masa sama meraikan kaum yang lain.

Beliau berkata, dalam konteks Malaysia, Melayu Islam mesti menguasai negara tetapi dalam masa yang sama mesti menerima hakikat masyarakat majmuk yang perlu dilibatkan sama.

Mengulas mengenai Deklarasi Rakyat anjuran parti pembangkang, Hadi berkata, PAS mengambil keputusan untuk tidak menyertainya.

"Ini kerana kita melihat di sana ada perkara-perkara yang tidak kena pada tempatnya, yang menyusahkan rakyat dan tidak mendokong konsep yang baik," katanya.


26 views0 comments
bottom of page