top of page
muinsapidin

37 Tan Beras Import Dirampas Di Klang

KUALA LUMPUR 27 Mac - Sebanyak 37 tan beras dipercayai beras import yang diseludup masuk untuk pasaran tempatan berjaya dirampas di sebuah gudang di Klang, semalam.

Gambar Hiasan

Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Wan Abdul Hadi Wan Mohd Shafie berkata gudang tersebut telah diintip semalaman oleh pasukan penguat kuasa sebelum dibuka pada awal pagi oleh pekerja gudang untuk memindahkan guni-guni beras ke dalam sebuah lori.

“Berdasarkan siasatan awal, gudang berkenaan boleh didakwa atas dua kesalahan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522), iaitu menjalankan aktiviti perniagaan beras tanpa lesen dan menyimpan beras di gudang tidak berlesen,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang disebalik aktiviti tersebut. - BERNAMA


23 views0 comments
bottom of page