top of page
muinsapidin

TMP 2017 Dilancar, Sasar 7.5 juta Pelancong

Perak hari ini melancarkan Tahun Melawat Perak 2017 dengan sasaran 7 juta pelancong domestik manakala yakin dapat menarik lebih setenjah juta pelancong asing rantau Asia.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti empat cabaran yang perlu diselesaikan bagi memastikan jumlah sasaran tersebut dapat dicapai.

“Kita telah mengistiharkan tahun Melawat Perak 2017 akan bermula dan kita telah pun memulakan aktiviti-aktivitinya mulai tahun ini. “Kita juga telah mengenal pasti beberapa halangan yang perlu diselesaikan dengan kadar segera,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Tahun Melawat Perak 2017 di Stesen Keratapi Tanah Melayu, Ipoh pada Sabtu. Menurut beliau, antara cabaran utama ialah penyediaan infrastruktur berkaitan tempat penginapan bagi pelancong dan setakat ini pihaknya telah mengenal pasti 10 kawasan yang memerlukan kemudahan berkenaan.

“Infrastruktur berkaitan pelancongan dan kemudahan-kemudahan asas untuk membolehkan setiap pelancong tinggal di sesuatu kawasan merupakan antara halangan,” ujarnya. Katanya lagi, cabaran kedua pula berkaitan dengan perhubungan yang meliputi dua aspek iaitu telekomunikasi dan perhubungan pengangkutan dari satu destinasi ke satu destinai seluruh negeri yang perlu dipertingkatkan.

Tambah beliau, cabaran ketiga dan keempat pula mengenai kebersihan bandar dan kawasan tumpuan pelancongan termasuk tandas perlu diberi penekanan serius kerana ianya merupakan lambang kemajuan serta ketamadunan sesebuah negeri. “Perak bukan sahaja mestimenjadi tarikkan pelancong tetapi penekanan keberishan kawasan kita juga perlu diberi perhatian serius.

“Saya telah maklumkan semua majlis-majlis daerah dan perbandaran untuk memastikan Perak adalah negeri yang dibawah kategori bersih dari segi kawasan dan jalannya. Ini termasuk juga tandas-tandas,” tegasnya.


27 views0 comments
bottom of page