IPOH - Lebih 1,000 warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menyertai senamrobik bulanan di Dataran Bandaraya Ipoh pada pagi Jumaat.
Program yang disertai Datuk Bandar, Datuk Zamri Man dan Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria itu diadakan setiap bulan sejak Januari 2016.
Datuk Zamri Man dan Zakuan Zakaria bersama-sama bersenamrobik dengan warga MBI
Program itu antara lain bertujuan mengeratkan silaturrahim di samping melahirkan warga MBI yang sihat dan cergas.
Ia juga adalah inisiatif terkini Zamri untuk mendekatkan hubungan beliau dan warga MBI.
Sebahagian warga MBI yang mengambil bahagian dalam senamrobik