top of page
muinsapidin

Tiga Termasuk Warga Emas Maut Kemalangan Di Teluk Intan

TELUK INTAN: Tiga maut, termasuk seorang warga emas dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 13, Jalan Changkat Jong, dekat sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.37 petang itu, mangsa, Chow Ming King, 76, seorang pesara kerajaan dan pemandu kenderaan terlibat, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dua lagi mangsa yang meninggal dunia tidak dapat dikenalpasti.

Menurut beliau, kejadian itu melibatkan dua kenderaan jenis Mercedes dan sebuah lori.

Beliau memberitahu, ketika kejadian, kereta Mercedes itu dikatakan telah memasuki laluan lori yang datang dari arah bertentangan sehingga berlaku pertembungan yang menyebabkan ketika-tiga mangsa meninggal dunia.

Wan Hassan berkata, setakat ini, identiti kedua- dua penumpang masih belum dapat dikenalpasti dan pemandu lori berkenaan belum membuat sebarang laporan polis.

"Bedah siasat dijangka akan dilakukan di Hospital Teluk Intan pada Jumaat setelah waris mangsa datang dan melaksanakan pengecaman identiti,” katanya.

Beliau memberitahu, siasatan lanjut akan diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


25 views0 comments
bottom of page