top of page
muinsapidin

Perak Gesa Pusat Segerakan Bekalan Gas Ke Kawasan Industri

Kerajaan negeri Perak menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menyegerakan saluran bekalan paip gas ke kawasan industri di negeri ini yang masih belum dilaksanakan sehingga ke hari ini.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, beliau menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan dan Gas Malaysia melaksanakan penyambungan bekalan gas sepanjang 140 kilometer.

Katanya penyambungan dari kawasan industri Air Tawar ke Seri Iskandar dan seterusnya ke kawasan industri utama Lembah Kinta membabitkan kos sebanyak RM180 juta.

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap kerja-kerja penyambungan saluran paip gas itu akan dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Dr Zambry berkata, pihak Gas Malaysia telah membuat cadangan dua pertiga daripada kos itu akan ditanggung oleh mereka manakala satu pertiga ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan sebahagian kecilnya meminta komitmen daripada kerajan negeri untuk melaksanakannya.

"Selama ini menjadi halangan kepada mereka tidak melaksanakan disebabkan tidak ada komitmen daripada kerajaan negeri dan jika itu alasannya maka kita bersetuju tapi saya harap ianya dapat dilaksanakan.

"Jangan pula apabila selepas kerajaan negeri setuju dia bagi alasan lain lagi,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat m ingguan Exco di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.

Dr Zambry berkata, beliau telah menysebut berkali-kali bahawa kerajaan negeri Perak tetap komited dalam perkara ini kerana keperluan terhadap gas ini sangat penting untuk dibawa ke kawasan pembangunan utama industri di Perak terutamanya di kawasan Lembah Kinta.

Beliau optimis dan yakin bahawa dengan adanya sambungan bekalan gas ini ia sekaligus dapat mengembangkan lagi sektor industri di negeri Perak.

Dr Zambry turut menjelaskan bahawa kerja-kerja penyambungan bekalan gas ini dijangka selesai dalam tempoh dua tahun.

Katanya, ratusan kilang termasuk kecil dan sederhana yang beroperasi sepanjang jajaran Air Tawar ke Seri Iskandar dan seterusnya ke kawasan industri utama di Lembah Kinta akan mendapat manfaatnya.

Sehubungan dengan itu beliau berharap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Dato’ Seri Ong Ka Chuan yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim akan dapat membantu kerajaan negeri Perak dalam menyegerakan kerja-kerja penyambungan paip gas ke kawasan industri di negeri ini.

Kataanya, kerja-kerja penyambungan paip gas ini boleh dilaksanakan berdasarkan kepada komitmen daripada Dato’ Seri Ong Ka Chuan.

"Kegagalan beliau melakukan ini bermakna beliau gagal sebagai seorang menteri kedua MITI yang mewakili negeri Perak,’’ kata Dr Zambry.


8 views0 comments
bottom of page