top of page
muinsapidin

Letupan Brussels: Euro 2016 dibatalkan?

KUALA LUMPUR: Serangan berkembar di Brussels pada Selasa menimbulkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan di Eropah, khususnya menjelang acara sukan besar seperti Euro 2016 yang dijangka bermula Jun depan. Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve menegaskan insiden yang mengorbankan 34 nyawa itu memberi petunjuk keperluan kawalan keselamatan dipertingkat bagi mengelak tragedi tidak diingini.

Ancaman keselamatan berkenaan juga mewujudkan kesangsian berhubung keperluan untuk meneruskan atau membatalkan Euro 2016. Bagaimanapun, Badan Induk Bola Sepak Eropah, UEFA dalam satu kenyataan memaklumkan ia akan terus memantau tahap risiko kejohanan berkenaan. Kejohanan Euro 2016, acara bola sepak kedua terbesar selepas Piala Dunia akan menampilkan 24 pasukan dengan 51 perlawanan di 10 venue di seluruh Perancis. Sementara itu Pengurus Pasukan Wales, Chris Coleman berpendapat Euro 2016 wajar berlangsung seperti dijadualkan, biarpun ketika kebimbangan berhubung isu keselamatan meningkat. FOTO: Letupan di lapangan terbang Brussels dan metro ragut nyawa

Jelas Coleman, penganjur perlu meneruskan acara berkenaan kerana pembatalan umpama memberi kemenangan kepada kumpulan pengganas. Beliau juga yakin UEFA akan melakukan segala yang termampu untuk menjamin keselamatan semua yang terlibat dengan Euro 2016.


3 views0 comments
bottom of page