top of page
muinsapidin

Dr Zambry Nafi Proton Tanjung Malim Tutup

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan khabar angin yang mengatakan kononnya Proton akan menutup kawasan industrinya di Tanjung Malim.

Menurut beliau, sebenarnya pihak Proton tidak bercadang sama sekali untuk menutup kawasan industri mereka, khususnya di Tanjung Malim.

Sebaliknya, Dr Zambry berkata, berdasarkan penjelasan yang dibuat kepadanya dan anggota Exco kerajaan negeri, pihak Protom kini berada pada landasan projek pembangunan masa depan.

“Mereka juga perjelaskan kepada kita tentang model-model baru yang akan berada di pasaran dan pengeluaran kereta yang akan dilakukan di kilang Tanjung Malim,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Dr Zambry berkata, beliau membuat penjelasan itu kerana terdapat ura-ura kononnya Proton tidak akan meneruskan pengeluaran kereta yang boleh memberi impak tidak baik kepada kawasan pembangunan di daerah Muallim.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri berharap agar segala perancangan yang telah dibuat oleh pihak Proton dapat terus dilaksanakan dan mencapai matlamatnya menjelang tahun 2020.

Beliau juga berharap, Proton dapat memainkan peranan sebaik-baiknya sebagai pemangkin kepada pembangunan di daerah baharu itu.


6 views0 comments
bottom of page