top of page

Belgium Siarkan Imej Tiga Suspek Pengeboman Lapangan Terbang Brussels

muinsapidin

BRUSSELS: Pihak berkuasa Belgium hari ini mengeluarkan imej tiga orang suspek yang diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai ada kaitan dengan letupan di Lapangan Terbang Brussels yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa pada Selasa, lapor agensi berita Belga.

Paparan kabur imej terbabit dikatakan disiarkan oleh pihak polis Belgium atas permintaan Pendakwaraya Belgium, antara lain menampilkan ketiga-tiga mereka sedang menolak troli dengan beg pakaian ketika melalui pusat pemeriksaan. Dua daripada mereka berambut hitam manakala seorang lagi memakai topi.


24 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page