top of page
muinsapidin

Korperal Didakwa Rasuah RM500

Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seysen Ipoh atas dua pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM500.

Tertuduh, Roslin Md Esa, 52, yang bertugas di Balai Polis Tanjung Rambutan membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Indra Neru Savandiah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan berjumlah RM400 daripada Bedah Debok sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas anaknya Azrul Haffiz Che Azzmi yang ditahan di Balai Polis Tanjung Rambutan pada. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Bapa kepada tiga orang anak itu turut didakwa menerima suapan berjumlah RM100 daripada individu yang sama dan melaKukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) akta sama. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah gerai air kelapa, Jalan Besar, Tanjung Rambutan antara jam 2.30 petang dan 4.30 petang pada 14 Mei, 2014. Mahkamah menentapkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan setiap pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 April ini.

Tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu manakala pendakwaan dibuat timbalan pendakwa raya SPRM Nurul Wahida Jalaluddin.


31 views0 comments
bottom of page