top of page
muinsapidin

Amaran Tindakan Keras Bersih Ladang Pada Musim Panas

IPOH: Jabatan Perhutanan Negeri Perak tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas individu yang melakukan pembakaran dalam tempoh cuaca panas El Nino ketika ini.‎ Timbalan Pengarahnya, Dr Hizamri berkata pihaknya mendapati ramai individu yang berhasrat melakukan pembersihan ladang memilih musim panas kerana ia lebih mudah terbakar.

Katanya, mana-mana individu yang melakukan pembakaran terbuka hukuman boleh didenda maksimum sebanyak RM 50,000 atau penjara maksimum lima tahun.

"Saya ingin orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan ada juga yang melakukan pencerobohan tanah hutan simpan di negeri ini. "Harus diingat Ipoh antara empat kawasan yang mencatatkan suhu tertinggi di Malaysia jadi ini akan memburukkan lagi keadaan,"katanya kepada pemberita. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program Corporate Social Responsibility ( CSR) anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Plus Malaysi Berhad sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak di Plaza Tol Ipoh Selatan pada Isnin. Dalam program itu, Jabatan Perhutanan Negeri mengambil inisiatif memberikan 500 anak pokok karas atau gaharu kepada pengguna tol buat kali pertama sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa. Tambahnya, pihaknya akan mempertingkatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan di sepanjang kawasan hutan simpan agar aktiviti pembakaran dan perlanggaran undang-undang dapat dikurangkan.

"Kami berharap orang ramai dapat menjadi mata dan telinga kami dalam melaporkan sebarang kegiatan pembakaran atau pencerobohan tanah kepada kami dengan segera agar tindakan dapat dijalankan kepada pesalahlaku tersebut,"katanya lagi. Pada Sabtu lepas,kawasan Hutan Simpan Korbu seluas 20 hektar mengalami kebakaran hutan simpan pertama di negeri Perak dan Bomba mengambil masa sehari suntuk bagi operasi pemadaman. Hizamri berkata keluasan Hutan Simpan Kekal ( HSK) di negeri Perak meliputi 47.54 peratus daripada keluasan negeri yang menjadikannya kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung Malaysia. Justeru, kerjasama daripada semua pihak secara bersepadu perlu ada dalam memastikan kawasan hutan simpan negeri terpelihara.


2 views0 comments
bottom of page