top of page
muinsapidin

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Pesawat Flydubai

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadianpesawat Flydubai Airline penerbangan FZ981 terhempas di Rostov-on-Don, Rusia pada Sabtu. Pesawat itu, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, telah tersasar daripada landasan semasa cubaan mendarat sebelum terhempas di landasan Lapangan Terbang Rostov-on-Don, kata Wisma Putra dalam kenyataan di sini.

Pasukan kecemasan Rusia dan penyiasat forensik menjalankan tugas di lokasi nahas. - Foto AFP

Menurut laporan, seramai 55 penumpang dan tujuh anak kapal terlibat dalam nahas itu. "Kementerian Luar ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian ini," kata Wisma Putra. BACA: Flydubai terhempas: Dubai umum warganegara mangsa Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Moscow sedang memantau situasi itu dan akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari semasa ke semasa. Flydubai Airline, syarikat penerbangan tambang rendah Dubai, mengesahkan pada Sabtu bahawa penerbangan FZ981 dari Dubai ke bandar Rostov-on-Don di Rusia terhempas ketika melakukan pendaratan.Menurut kenyataan syarikat itu dalam laman webnya, nahas berlaku pada kira-kira 00:50 GMT (8.50 pagi Sabtu waktu Malaysia) ketika pesawat berkenaan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Rostov-on-Don. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 18:20 GMT (2.20 pagi Jumaat waktu Malaysia).


24 views0 comments
bottom of page