top of page
muinsapidin

'Rayani Air Hanya Indah Khabar' - Asyraf Wajdi

RUNGUTAN banyak pihak terhadap syarikat penerbangan terbaru negara, Rayani Air, mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

Dalam status yang dikemaskini di akaun Facebook, Asyraf berkata, banyak yang perlu dibuktikan Rayani Air sebagai sebuah syarikat penerbangan yang mengamalkan konsep patuh syariah.

Melalui status berkenaan, Asyraf menjelaskan aspek patuh syariah bukan hanya terhad kepada pemakaian semata-mata, sebaliknya konsep pelaksanaannya perlu dibuat secara menyeluruh.

"Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk diperdagangkan tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama," tulisnya. Apa yang dibimbangi adalah persepsi orang bukan Islam, yang mungkin akan berpandangan bahawa Islam hanya menitik beratkan prinsip luaran sahaja.Beliau turut menasihatkan agar nama Islam tidak dijaja untuk meraih populariti, tanpa memahami dan melaksanakan nilai seperti yang sepatutnya.


17 views0 comments
bottom of page