top of page
muinsapidin

El - Nino : Hasil Sayuran Tempatan Menurun

PASIR SALAK : Kerajaan akan meningkatkan kadar jumlah import sayur-sayuran daripada luar negara untuk menghadapi fenomena panas El Nino di Malaysia kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah melihat kesan kekurangan sumber terhadap penggunaan dan pemakanan sayuran daripada masyarakat setempat.

Menurut beliau, tahap kejatuhan pengeluaran sayur di Malaysia bagaimanapun masih berada dalam tahap terkawal dan belum mencapai peringkat kritikal.

"Sekiranya kadar pengeluaran sayur tempatan itu kurang daripada permintaan orang ramai, maka kita akan mengadakan jumlah import yang lebih besar.

"Misalnya keadaan El Nino sudah beransur pulih maka kita akan kembalik ke rutin transaksi sayuran secara normal iaitu daripada petani jati kita sendiri,"katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 12 bagi Koperasi Ikan Air Tawar , Kawasan Kg Gajah Berhad (NELDA) di Dewan Mesyuarat Pusat Latihan UiTM Kg Gajah pada Sabtu.

Jelas beliau, pihaknya akan sentiasa memantau kuantiti sayur semasa dan memahami jumlah kekurangan sebenar menurut kehendak orang ramai.

Katanya, petani tempatan mempunyai masalah dalam penanaman sayur berikutan cuaca terik .

"Kita belum mencapai zon kritikal dalam pengeluaran hasil sayur ini bagaimanapun, stok masih lagi terkawal dan masih berkualiti tinggi.

"Apa yang paling penting adalah permintaan rakyat setempat dan kita akan melihat ke arah itu bagi keputusan meningkatkan jumlah import sayuran ke Malaysia," ujarnya.


4 views0 comments
bottom of page