top of page
muinsapidin

DBP Bimbang Penulis Muda Terpengaruh Karya 'indie'

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyambut baik kemunculan ramai penulis muda namun, perkembangan sihat itu dilihat boleh terjejas kerana ada antara mereka terpengaruh dengan karya 'indie'. Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Datuk Seri Md Salleh Yaapar berkata kecenderungan terhadap karya 'indie' boleh merosakkan bahasa Melayu dan jati diri bangsa Melayu.

Gambar Hiasan

"...ada yang menggelarkan diri mereka sebagai penulis 'indie' dengan penerbitan 'indie' yang tidak menghiraukan bahasa dan akal budi yang sebenar," katanya selepas merasmikan Simposium Bahasa dan Kebudayaan sempena program Ekspresi Puisi Dunia Numera (EPDN) 2016 di sini, Sabtu. Menurut Wikipedia, indie merupakan singkatan perkataan Inggeris 'independent' yang bermaksud bebas atau merdeka, dengan hasil karya seninya adalah di luar arus perdana yang komersil. Sehubungan itu, Md Salleh berharap karyawan yang berpengalaman dapat memberi panduan dan teguran kepada generasi muda berhubung kesesuaian bahasa yang mereka gunakan. Mengenai EPDN, beliau berkata ia diwujudkan untuk mengangkat kedaulatan bahasa dan sastera melalui penghasilan dan pembacaan puisi selain menjadi alat penghubung antarabangsa.Majlis itu turut dihadiri penyair dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Bangladesh, Belgium dan Rusia.


11 views0 comments
bottom of page