KUALA LUMPUR: Pesawat flydubai FZ981 terhempas ketika mendarat di bandar Rostov-on-Dov yang terletak di tenggara Rusia, mengorbankan kesemua penumpang dan kru penerbangan jam 3.50 pagi (waktu tempatan), lapor Pusat Kecemasan Rantau Selatan negara itu pada Sabtu.
Kawalan trafik udara dan servis kecemasan Rusia mengesahkan pesawat Boeing 737-800 dari Dubai itu terhempas ketika membuat cubaan mendarat kedua akibat jarak penglihatan yang buruk, lapor portal berita RT.com. Kementerian Kecemasan Rantau negara itu turut mengesahkan kesemua penumpang dan kru pesawat malang itu terkorban. Boeing Airlines dalam satu catatan di Twitter berkata pihaknya telah mendapat laporan dan sedang mendapatkan maklumat mengenai nahas tersebut masa ini.