top of page
muinsapidin

Kerajaan Pantau Cuaca Panas

Kerajaan negeri akan terus memantau cuaca panas di Ipoh dan Lubuk Merbau yang mencatatkan suhu panas tertinggi sehingga 36 darjah celcius di negeri Perak pada Jumaat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, susulan daripada itu, beberapa tindakan akan diambil sekiranya suhu tinggi itu berterusan.

“Laporan di Perak ada dua tempat perlu diberi perhatian, Ipoh dan Lubuk Merbau sehingga semalam ianya mencatatkan 36 darjah celcius, hari ini kita masih lagi memantau.

“Langkah perlu diambil untuk memastikan masyarakat yang tinggal disana mengambil langkah berjaga-jaga dalam keadaan cuaca panas begini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan insiatif program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) DKLS di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh pada Sabtu.

Justeru itu, beliau menasihati penduduk di kawasan tersebut mengambil langkah berjaga-jaga seperti memastikan kadar air di dalam badan mencukupi untuk mengelak daripada dehidrasi.

Katanya, walaupun dengan suhu panas yang tinggi dicatatkan, namun sumber air di negeri itu masih lagi mencukupi dan tidak berada di tahap merisaukan.

Namun, kata beliau, pihaknya akan terus memastikan agensi-agensi terlibat melakukan pemantauan secara berkerap kali.


29 views0 comments
bottom of page