top of page
muinsapidin

Samsudin Ketuai Operasi Jejaki Pengedar, Penagih Dadah

TAPAH – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan menyetuai sendiri operasi menjejaki pengedaran dan penagihan dadah di beberapa buah kampung di sini pada Khamis.

Antara bahan bukti yang ditemui

Beliau yang juga Pengerusi PEMADAM Negeri Perak melakukan operasi itu bersama-sama PEMADAM daerah, JKKK Kampung Tanjung Keramat dan Bahagian Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Teluk Intan.

Menurut Samsudin, dalam operasi bermula jam 9 pagi itu, beberapa pengedar dan penagih dapat meloloskan diri tetapi meninggalkan beberapa bahan bukti.

Beliau memberitahu, antara barang bukti yang ditinggalkan termasuklah sebuah kereta Honda Jazz,beberapa paket dipercayai dadah jenis heroin dan syabu/ice serta lesen memandu.

Datuk Samsudin Abu Hassan sedang memeriksa bahan bukti yang dijumpai.

“Harap pihak berkuasa Bahagian Narkotik jejaki mereka ini sehingga didakwa,” katanya kepada Suara Perak pada Jumaat.

Beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan pengedaran dan penagihan dadah agar melaporkannya kepada pihak berkuasa dengan segera.


23 views0 comments
bottom of page