top of page
muinsapidin

Mohd Syukri Dilantik YDP Tanjung Malim

Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Mohd Syukri Azaari, 39, telah dilantik sebagai YDP Majlis Daerah Tanjung Malim yang baharu berkuatkuasa hari ini (Rabu).

Pelantikan itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Mohd Syukri sebelum ini pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak selama lima tahun mulai 2009 sebelum menjadi Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu mulai 2009.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah di jabatan yang sama pada tahun 2010 dan turut dipertangggungjawabkan menggalas tugas sebagai YDP Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Dr Zambry berharap dengan pelantikan itu, akan membantu meningkatkan pembangunan Tanjong Malim sebagai sebuah kawasan yang sedang berkembang pesat ketika ini.

“Tanjung Malim merupakan sebuah daerah yang sedang pesat membangun dan memerlukan penglibatan pengawai dan ketua yang aktif untuk mentadbirnya,’’ katanya.

Dalam sidang media yang sama, Dr Zambry juga mengumumkan pelantikan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Perak yang baharu, Jamilol Nasir Saad yang menggantikan Datuk Ir. Dr. Safry Kamal yang bersara pada 29 September tahun lalu.

Jamilol menjalankan tugas selaku Pengarah JKR Perak berkuatkuasa bermula 15 Mac lalu telah berkhidmat di dalam perkhidmatan Awam selama 33 tahun.

Dr Zambry juga mengharapkan pelantikan ini dapat membantu membangunkan dan memajukan negeri ini secara keseluruhannya.

“Saya yakin dan percaya dengan pengalaman selama 33 tahun, kita mengharapkan beliau dapat memberikan perkhidmatan yang baik dalam pembangunan di negeri ini,” ujarnya.

Jamilol sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Jurutera Kerja Raya Air Daerah di JKR Daerah Kulim Bandar Baru Kedah dan Jurutera Jalan di JKR negeri Perak.


50 views0 comments
bottom of page