top of page
muinsapidin

Biar Polis Siasat Anugerah Palsu – Dr Zambry

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes penipuan penganugerahan darjah kebesaran palsu.

Menurut beliau, orang awam perlu tampil bagi membantu pihak polis sekiranya mereka didatangi oleh individu tertentu berkaitan penganugerahan darjah kebesaran.

“Kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan tugas mereka dan saya harap polis dapat menjalankan siasatan dengan sebaik-baiknya,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penahanan lapan individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket menjual darjah kebesaran palsu di negeri Perak sejak 16 Februari lalu.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi memberitahu, melalui Ops Anugerah yang dijalankan, semua individu, termasuk dalang utama sindiket itu ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Selasa menegaskan undang-undang yang lebih ketat hendaklah digubal bagi membendung kegiatan penipuan penganugerahan darjah kebesaran palsu yang sedang berlaku di negeri ini.

Baginda bertitah, undang-undang wajib dilaksanakan tanpa gentar tanpa pilih kasih dan juga hendaklah dilaksanakan tanpa memberi keistimewaan atau imuniti kepada sesiapa juga.

Titah baginda, pihak yang terbukti bersalah wajib berhadapan dan dikenakan tindakan yang setimpal.


25 views0 comments
bottom of page