top of page
muinsapidin

Tiada Antibiotik Menjelang 2020

LUMUT - Kerajaan mensarankan tiada lagi penggunaan antibiotik di dalam makanan, khususnya hasil ternakan, seperti ayam, lembu dan kambing, menjelang tahun 2020.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, buat masa ini, terdapat usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan tersebut secara berperingkat-peringkat.

Menurut beliau, antibiotik di gunakan di dalam sektor perternakan adalah untuk menentukan supaya makanan yang digunakan tidak mempunyai toksid.

Beliau memberitahu, walaupun ketika ini masih terdapat penggunaan antibiotik, tetapi pengusaha hasil ternakan mengikuti prosedur penggunaannya seperti yang ditetapkan.

“Buat masa ini mereka mengikuti SOP tapi buat masa hadapan kita tidak mahu lagi menggunakan antibiotik.

“Sebab itu mereka mempunyai satu proses untuk buat kajian dahulu, buat masa ini masih lagi ada tapi SOP nya hanya sehingga tujuh hari sebelum dia sembelih, dia tak boleh lagi menggunakan makanan yang mempunyai antibiotic,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2016 yang bertemakan `Tiada Penggunaan Antibiotik Dalam Makanan’ di Dataran Kilang Tepung MFM di Lumut pada Selasa.

Dalam pada itu, Hamzah mengingatkan golongan peniaga supaya lebih bertanggungjawab dan tidak mencari keuntungan yang berlebihan sehingga membebankan pengguna.

Bagi tujuan itu, beliau memberitahu, kementerian akan melakukan penambahbaikan Akta Anti Pencatutan pada Jun ini untuk memberi keadilan kepada kedua-dua pihak - peniaga dan pengguna.


6 views0 comments
bottom of page