top of page

2 Wartawan Australia Tidak Didakwa, Dihantar Pulang

muinsapidin

KUCHING - Dua warga Australia yang didakwa melanggar garisan keselamatan semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah masjid di Sarawak tidak akan didakwa.

Eroglu Levent dan Linton Joshua Besser ditahan di Kota Sentosa, dekat sini Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata polis telah menghantar kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya semalam (DPP).

"Hari ini polis menerima arahan daripada DPP bahawa tiada dakwaan akan difailkan terhadap mereka berdua.

Bagaimanapun, mereka akan dihantar pulang mengikut Seksyen 18(3)(h) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kedua-dua mereka pada awalnya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil. Mereka disiasat kerana disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas, di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. - Bernama


6 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page