top of page
muinsapidin

Bunuh Teman Wanita: Lelaki Dipenjara 9 Tahun

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura berusia 41 tahun yang membuatkan teman wanitanya berusia 32 tahun dari Vietnam sesak nafas dan mati di flat Ang Mo Kio pada 2014 dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun setengah dan tiga sebatan.

Jackson Lim Hou Peng mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang menyebabkan kematian tanpa niat membunuh serta tuduhan mengambil dadah jenis methamphetamine. Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Jackson membunuh Tran Cam Ny, yang bekerja sebagai seorang penyanyi, penari dan pelayan di lounge KTV, dalam usaha untuk menenangkan teman wanitanya itu yang histeria selepas mengambil methamphetamine bersamanya di flat kediamannya. Bimbang bunyi jeritan akan memberi menyedarkan jiran-jiran yang akan menghubungi polis, Jackson menyelubungi wanita itu dengan selimut supaya dia berhenti menjerit.


10 views0 comments
bottom of page