top of page

Penganggur Didakwa Bunuh Teman Wanita

muinsapidin

IPOH - Seorang penganggur, Sanderasegaran Nithenanham, 28, didakwa di Mahkmah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan membunuh teman wanitanya.

Majistret Haslinda Abd Raof menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepada Sanderasegaran.

Sanderasegaran dituduh membunuh Durga Devi Selvam, 17, di rumah nombor 4 Kampung Batu Besi Ladang Sengat, Simpang Pulai Ipoh pada 27 Februari lalu jam 11 malam.

Dia menghadapi tuduhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan


12 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page