top of page
muinsapidin

Lelaki Maut Motosikal Rempuh Lori

KAMPAR: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 29,Jalan Ipoh-Kuala Lumpur pada awal pagi Khamis.

Dalam kejadian sekitar 2.35 pagi itu, mangsa,Chai Yun Kent,41, berasal dari Kg Baru Jeram,Kampar yang pada waktu kejadian dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Ng Kong Soon berkata kejadian tersebut berlaku apabila motosikal jenis Yamaha LC milik mangsa telah memasuki laluan bertentangan di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati motosikal mangsa kemudiannya bertembung dengan sebuah lori yang sedang menghala ke Kuala Lumpur.

"Sejurus selepas itu,sebuah kenderaan jenis Perodu Kembara dari arah sama gagal mengelak motosikal mangsa yang berada di tengah jalan dan merempuh mangsa,"katanya ketika dihubungi Suara Perak pada Khamis.

Katanya,berikutan kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan parah dan maut serta-merta di tempat kejadian.

Jelasnya,kedua-dua pemandu kenderaan lori dan Kembara tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

Ng berkata hasil siasatan keadaan jalan tersebut adalah lurus dan bercuaca baik meskipun gelap tanpa lampu jalan.

"Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di semua bahagian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen (41 ) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.


19 views0 comments
bottom of page