top of page
muinsapidin

20,000 Hadiri Majlis Selawat Perdana Ipoh

Kira-kira 20,000 umat Islam membanjiri Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk bersama-sama dua tokoh ulama, Al Habib Umar Bin Hafidz dan Al Habib Ali Zaenal Abidin dalam Majlis Selawat Perdana Ipoh pada Rabu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin, Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madis dan Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad.

Majlis dimulakan seawal jam 6.30 petang dengan persembahan qasidah oleh berapa kumpulan seperti Al Ansori dan Al - Barakah

Qasidah dihentikan sementara untuk solat Maghrib berjemaah sebelum disambung semula selepas itu.

Rombongan dua tokoh ulama tersebut tiba ke Dataran MBI selepas solat Isyak berjemaah kira-kira jam 9.30 malam untuk memulakan Selawat Perdana.

Selepas itu, beberapa penceramah yang mengikuti rombongan berkenaan menyampaikan tazkirah dalam bahasa Arab yang diterjemahkan terus ke dalam Bahasa Melayu oleh rakan rombongan mereka yang berasal dari Malaysia dan Indonesia.

Kemuncak majlis ialah ceramah oleh Al-Habib Umar dalam bahasa Arab yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin.

Majlis berakhir kira-kira jam 11.45 malam.


11 views0 comments
bottom of page