Seorang lelaki maut dipercayai selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar binatang di Kilometer 2, Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Selasa.
Ketika kejadian, mangsa, V. Murrugesheen, 59, dikatakan sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo dari Cameron Highlands ke Tapah.
Ketua Polis Daerah Tapah, ACP Som Sak a/l Din Keliaw berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6.50 petang.
"Setibanya di lokasi kejadian mangsa dipercayai telah melanggar binatang yang sedang melintas jalan dari arah hadapan.
"Bangkai binatang tersebut bagaimanapun tidak dapat kerana tidak ditemui di tempat kejadian," katanya kepada Suara Perak pada Rabu.
Beliau memberitahu, mangsa yang berasal dari Taman Bunga Raya,Tapah telah dihantar ke Hospital Tapah bagi rawatan lanjut sejurus kemalangan berlaku.
Bagaimanapun, kata Som Sak, mangsa disahkan meninggal dunia sekitar 8.25 malam ketika sedang mendapatkan rawatan.
Menurutnya, motosikal mangsa rosak teruk di bahagian hadapan kes akan disiasat lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.