top of page
muinsapidin

'Pulanglah Fatima, Kami Amat Merinduimu'

'Pulanglah Fatima, kami sekeluarga sangat merinduimu’, demikian rayuan seorang bapa kepada anak perempuannya agar beliau pulang semula ke pangkuan keluarganya.

Ahmaddin Rasid, 56, berkata, Fatima, 17, tidak pulang ke rumah sejak 28 Januari lalu, dipercayai mengikut seorang lelaki warga Pakistan.

“Ketika hari kejadian, saya menghantar anak saya ke sekolah seperti biasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar pada jam 7 pagi.

“Kebiasaannya saya akan ambil dia pada jam 5 petang selepas habis kelas tambahan, tetapi pada hari itu sekitar 3 petang saya telah menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki mengatakan dia sudah mengambil Fatima dan menyuruh saya agar jangan mencarinya lagi,” katanya yang juga berasal dari Pakistan.

Ahmaddin berkata, dia mengenali lelaki itu kerana pernah bekerja dengannya tiga tahun lalu ketika mereka tinggal di Johor.

Jelasnya, beliau pernah menjalankan perniagaan di Johor sebelum berpindah ke Seri Iskandar, Perak lebih kurang setahun yang lalu.

“Lelaki itu pernah bekerja dengan saya lebih kurang setahun sebelum berhenti dan saya tidak tahu langsung anak saya ada hubungan dengannya.

“Saya hanya tahu mereka berhubungan setelah kami berpindah ke sini apabila melihat telefon anak saya yang mempunyai gambar lelaki itu,” katanya.

Ahmaddin merayu supaya anaknya pulang semula ke pangkuan keluarga kerana isterinya begitu merindui anak kedua mereka.

“Ibunya tidak selera untuk makan dan kesihatan sedikit terganggu disebabkan memikirkan keadaan anak kami ini.

“Pulanglah segera ke rumah kerana dia juga sudah mempunyai calon suami yang telah diaturkan keluarga dan jangan memalukan kami sekeluarga.

“Sehingga sekarang mereka gagal dikesan dan saya tidak tahu di mana mereka berada, namun mereka tidak boleh pergi jauh kerana passport anak saya ada dengan saya,” katanya.

Lelaki warga Pakistan yang dipercayai diikuti oleh Fatima

Ahamaddin merayu jika ada sesiapa yang mengetahui di mana anaknya berada supaya segera menghubunginya di talian 019-7113774 ataupun menghubungi pihak polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Aziz Hasan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kehilangan remaja berkenaan.


8 views0 comments
bottom of page